AL-IKHLASH: Tafsir Ayat 1 - 4


[Index] [Muqaddimmah Juz Amma] [Maklum Balas] [Carian]

AL-IKHLASH bermakna BERSIH DAN TULUS termasuk golongan surah-surah MAKKIYAH. Mengandungi 4 ayat 15 kalimat dan 47 huruf.

Tersebut di dalam hadis bahawa Nabi saw. bersabda:
"Demi Allah yang jiwaku di tangan Nya sesungguhnya qul huwallahu ahad (surah AL-IKHLAS) itu menyamai sepertiga Al-Quran".


Bismillahiramanirahimi

Ayat 1 - 4

  1. Katakanlah Dia lah Allah Yang Maha Esa.

  2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala suatu.

  3. Dia tiada beranak dan tiada diperanakkan.

  4. Dan tiada bagi Nya sekutu (menyamai) dengan seorang jua pun.

ASBABUNNUZUL
Ubay bin Ka'ab ra. berkata Kaum musyrikin datang kepada nabi saw. dan berkata: "Ya Muhammad sifatkanlah kepada kami tentang Tuhanmu". Maka Allah menurunkan: Qul huwa Allahu ahad Allahu shamad, lam yalid walam yulad. Walam yaqul lahu kufuwan ahad." (HR. Ahmad, At Tirmidzi)

KETERANGAN
Di dalam surah ini Allah menerangkan sifat-sifat Allah. Surah ini mengandungi masalah tentang tauhid, dalam surah ini menegaskan tentang kemurnian ke esaan Allah dan menolak segala macam kemusyrikan dan menerangkan bahawa tiada suatu yang dapat manyamai Allah sama ada pada sifat Nya, perbuatan Nya dan hukum hakam Nya. dalam surah ini juga Allah menerangkan bahawa semua makhluk berkehendak dan bergantung harap kepada Allah

Abdullah bin Habib ra. berkata kami diliputi oleh kegelapan dan rasa haus, sedang kami menantikan datangnya Nabi saw. untuk solat bersama kami, tiba-tiba datang Nabi saw. dan memegang tanganku sambil bersabda: "Qul". Aku tetap diam, lalu bersabda pula: "Qul" aku berlanya: "Apakah yang harus aku baca?" Jawab Nabi saw.: "Bacalah 'Qul huwallahu ahad' dan muawwidzatain (Qul a'udzu birabbil falaq dan Qul a'udzu birabbin naas) tiga kali tiap pagi dan sore niscaya segala kebutuhan mencukupi."
(HR: Abu Dawud, At Tirmidzi, Annasa'i)

Mu'adz bin Anas ra. berkata Rusulullah saw bersabda:
"Siapa yang membaca Qurhuwallahu ahad hingga akhir sepuluh kali, maka Allah akan membangunkan untuknya gedung di syurga"

Lalu Umar bin Khatthab ra. berkata "Jika demikian kita memperbanyak saja. Jawab Nabi saw.: "Allah Maha Luas pemberian Nya dan lebih baik" (HR: Ahmad)


[Index] [Muqaddimmah Juz Amma] [Maklum Balas] [Carian]