'ABASA: Tafsir Ayat 24 - 42


[Index] [Muqaddimmah Juz Amma] [Ayat 1 - 10] [Ayat 11 - 23] [Maklum Balas] [Carian]

Ayat 23 - 32
  1. Maka lihatlah manusia akan makanan kamu (dari apa ia dijadikan).

  2. Sesungguhnya Kamilah yang nenurunkan air (hujan).

  3. Kemudian Kami memrenggnankan bumi serenggang-renggangnya (untuk mengeluarkan hasil nya).

  4. lalu Kami tumbuhkan padanya biji.

  5. dan buah anggur dan ruthab (buah kurma yang dimakan semasa lembut).

  6. Dan zaitun dan kurma.

  7. Dan kebun-kebun yang lebat.

  8. Dan buah-buahan dan rumputnya (padang ternak).

  9. Untuk kesenangan (kepentingan) mu dan ternakan mu.

KETERANGAN
Setelah menyatakan kekuasaan Allah menjadikan manusia lalu Allah dalam ayat-ayat ini Allah menyuruh manusia supaya memerhatikan bukti kekuasaan Allah dalam membuat makanan manusia mula dari menurunkan hujan sehingga menumbuhkan tanaman-tanaman yang berbagai-bagai. Semua itu membuktikan kekuasaan Allah kerana selain Allah tidak dapat untuk membuat semua itu.

Kemudian Allah menyuruh manusia berfikir tentang perbezaan makanan manusia dan binatang ternakan. semua ini adalah untuk menambah iman dan tauhid kepada Allah jua.


Ayat 33 - 42

  1. Maka apabila datang teriakan yang keras (tiupan sangkakala yang kedua).

  2. Pada hari itu larilah manusia dari saudaranya (kerana sangat sibuk memikirkan tentang diri masing-masing).

  3. Dan (lari mereka itu) dari ibu dan bapanya.

  4. Dan (lari) dari isteri dan anak-anaknya.

  5. Bagi setiap orang pada hari itu ada urusan yang menyibukkan (sehigga terpaksa tidak menghiraukan orang yang terdekat dengannya).

  6. Dan ada wajah-wajah (muka) mereka pada hari itu berseri-seri (kerana nur iman).

  7. Tertawa dan bersuka ria (bergembira).

  8. Dan ada wajah(muka) manusia pada hari itu di atasnya ada debu (yahni muram durja).

  9. Diliputi warna hitam.

  10. Mereka itu orang-orang kafir lagi durhaka(berdosa).

KETERANGAN
Ayat seterusnya ini Allah menceritakan suasana hari kiamat, setelah tiupan sangkakala yang sangat keras sehingga memekakkan telinga dan kerana sangat ngeri san susahnya hari itu maka tiap-tiap seorang hanya sibuk dengan diri sendiri sahaja sehingga tidak sempat untuk mengambil tahu hal orang lain sehingga orang yang terdekat dengan mereka sekali pun. Masiang-masing sibuk dengan keselamatan diri masing-masing.

Dalam hadis sahih Nabi saw. pernah bercerita tentang huru hara hari kiamat ini sehingga jika di minta safaat dari nabi-nabi as. maka akan berkata mereka itu bahawa mereka sibuk dengan urusan diri masing-masing sehingga nabi Isa as. berkata pada hari itu bahawa baginda tidak sibuk kecuali bagi diri banginda sahaja sehingga beliau tidak minta safaat bagi Siti Maryam yang melahirkannya.

Ibnu Abas berkata bahawa Rusulullah saw. bersabda:
"Kalian akan dihimpunkan dalam keadaan telanjang kaki dan badan berjalan kaki dan tiada berkhatan"
Siti Aisyah bertanya nabi saw:
"Masing-masing akan melihat aurat yang lain?"
Jawab Nabi saw.:
"bagi setiap orang pada hari itu sibuk dengan urusan diri masing-masing sehingga tidak akan menghiraukan semua itu."
(HR: Ibnu Abi Hatim)


[Index] [Muqaddimmah Juz Amma] [Ayat 1 - 10] [Ayat 11 - 23] [Maklum Balas] [Carian]