Perhiasan Emas

Bagaimana hukum memakai perhiasan dari emas ?

Tiada ikhtilaf (perbedaan) tentang bolehnya memakai emas bagi wanita.

Sedang untuk pria, terjadi perbedaan pendapat :

Jumhur ulama' (majoriti fuqaha') mengharamkan emas bagi lelaki.
Dalil hadis: HR Ahmad, Abud Daud, Ibn Hibban, an Nasa'iy, dan Ibn Majah dari
Ali bin Abi Talib; HR Muslim, dan dua tiga hadis sahih yang lain.

Sebahagian kecil ulama membahaskan bahawa emas bagi lelaki ini adalah makruh
tanzi
h (makruh yang hampir kepada boleh); malah ada sahabat yang memakai
emas: seperti Sa'ad bin Abi Waqasy, Talhah Ubaidillah, Syuhaib, Hudzaifah,
Jabir bin Thamurah dan alBarra' bin Azib.

Lihat perbahasan Sayyid Sabiq, Fiqhus Sunnah bab perhiasan

Pandangan jumhurul Fuqaha' adalah lebih selamat.
Pandangan Syaikh Qardhawi: Haramnya emas bagi lelaki meliputi cincin, pen
emas, jam tangan emas, cigarette holder, malah apa pun yang diperbuat
dari emas untuk kegunaan lelaki adalah haram; manakala untuk lelalki dan
wanita diharamkan pinggan-mangkuk serta gelas dari emas
(Qaradawi, halal dan haram)