Makanan dan Minuman Beralkohol
Apakah tape, brem, yang merupakan makanan beralkohol haram, sebagaimana arak, bir atau 'sake'?
Kita akan dalil sains untuk membuktikan tapai adalah halal.
Pertama: Proses Pembuatan khamar `sake' /Arak beras Jepung
Sake diperbuat daripada beras biasa dan beras koji yang dibasuh, direndam dan dimasak dengan wap, kemudian didinginkan. Beras koji dan bereaksi dengan ragi (yeast) akan menukar beras kepada gula dan seterusnya kepada alkohol. Proses fermentasi (pemeraman) ini berlangsung dalam 20-25 hari.Kedua: Proses pembuatan Tapai
Bahan utama tapai juga beras (beras pulut) dan setengah tempat ialah ubikayu . Setelah dimasak, beras atau ubikayu itu didinginkan dan dimasukkan serbuk yeast (ragi). Tapai itu berair dalam satu setengah hari atau dua hari. Rasanya manis sekali.Bahan yg mengubah kanji beras dan ubikayu menjadi gula ialah yeast (ragi). Dalam ragi ada dua jenis enzim: invertase dan zymase yang menukar kanji menjadi gula dan seterusnya menjadi alkohol (bahan utama dalam khamar)
Dari perbandingan di atas, jelaslah bahwa tapai ialah makanan manis (halwa) kerana ia belum lagi berubah menjadi alkohol; sebab proses penukaran gula menjadi alkohol memerlukan masa yang lebih lama. Tujuan fermentasi di atas bertujuan untuk makanan bukan minuman.
Sedang Sake ialah khamar (arak) karena tujuan fermentasinya ialah bukan untuk dimakan tapi untuk di minum dan ia mengambil produk penghujung fermentasi iaitu alkohol; sedangkan tapai yang dimakan ialah kanji yg bertukar menjadi gula.
bandingkan : parfum beralkohol
dari fly.to/al-ahkam