Membaca Qunut pada waktu Shalat Shubuh
Membaca Qunut sesudah i'tidal dan sebelum ruku' pada rakaat kedua Shalat shubuh, menjadi perbedaan pendapat di kalangan ulama.
1.Sunahnya Qunut
Madzhab Syafi'i dan Maliki berpendapat sunah, bahkan harus melekukan sujud syahwi jika tidak melakukannya.
Dasar mereka :Hadis Anas r.a.: Sesungguhnya Nabi s.a.w. berqunut selama sebulan mendoakan kebinasaan atas mereka, kemudian meninggalkannya. Maka adapun pada sembahyang subuh, beginda masih berqunut sehingga wafat. (HR jamaah dan dianggap sahih oleh al-Hakim, al-Baihaqi, al-Daruquthni dll.)
Riiwayat dari al-Awwam bin Hamzah, katanya: Aku bertanya Abu Usman mengenai qunut pada sembahyang subuh, dia berkata: Selepas rukuk. Aku berkata: Dari siapa? Dia berkata: Dari Abu Bakar, Umar dan Usman. (HR al-Baihaqi dan dianggapnya sebagai sahih)
Riwayat al-Baihaqi dari Abdullah bin Muaqqal, katanya: Ali berqunut pada sembahyang subuh.
Di dalam al-Mudauwanah al-Kubra: Waqi berkata dari Fithr dari Atho, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. berqunut pada sembahyang subuh, dan sesungguhnya Abu Musa al-Asyari, Abu Bakrah, Ibnu Abbas dan al-Hasan berqunut pada sembahyang subuh.
Riwayatkan dari Anas bin Malik dan Abu Rafi bahawa kedua-duanya bersembahyang subuh di belakang Umar, dia berqunut selepas rukuk.
2. Penolakan bacaan Qunut
Sedang Madzhab Hanafi dan Hambali menolak bacaan Qunut di waktu Shalat Shubuh.
Dasarnya adalah :Dari Abu Malik al-AsyjaI, katanya: Aku berkata kepada ayahku:
Wahai ayahku, sesungguhnya engkau pernah bersembahyang di belakang Rasulullah s.a.w., Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali, di sini di Kufah selama hampir lima tahun, adakah mereka berqunut? Dia menjawab: Wahai anakku itu adalah bidah. (HR Ahmad, al-Tarmizi & Ibnu Majah)Di dalam riwayat lain: "Apakah mereka berqunut di dalam sembahyang subuh?"
Di dalam satu riwayat al-NasaI, katanya (ayah Abu Malik):
Aku bersembahyang di belakang Rasulullah s.a.w., baginda tidak berqunut. Aku bersembahyang di belakang Abu Bakar, dia tidak berqunut. Aku bersembahyang di belakang Umar, dia tidak berqunut. Aku bersembahyan di belakang Ali, dia tidak berqunut. Kemudian dia berkata: Wahai anakku, ia adalah bidah.Daripada Ibnu Masud, katanya:
Rasulullah s.a.w. tidak pernah berqunut di dalam sembahyangnya sekalipun. (HR al-Thabrani, al-Baihaqi & al-HakimSesungguhnya Nabi s.a.w. pernah berqunut sebulan lamanya, kemudian baginda meninggalkannya (tidak berqunut lagi). (HR Ahmad
Komentar:
Begitu baik sekali apa yang dikatakan oleh Ibnu Hazmin:
Dan qunut itu adalah zikrullah. Oleh itu melakukannya adalah baik dan meninggalkannya adalah boleh (tidak membatalkan shalat..red)Adapun bacaan qunut adalah :