Surat AL-INSYIQAAQ bermakna TERBELAH
termasuk golongan surah-surah MAKKIYAH. Diturunkan sesudah
surah Al-Infithaar.
Mengandungi 25 ayat 107 kalimat dan 430 huruf.
Tersebut di dalam kitab Baidhawi bahawa Nabi saw. bersabda:
"Barang siapa mengaji surah AL-INSYIQAAQ nescaya dilindungkannya
daripada diberi kitab amalannya dari pihak belakangnya"
Ayat 1 - 15
Apabila langit telah terbelah.
Dan patuh kepada perintah Tuhannya, dan sepatutnya ia
patuh (pada Tuhannya).
Dan apabila bumi diratakan.(kerana gunung telah dihancurkan).
Dan mengeluarkan segala apa yang di dalamnya dan kosonglah ia.
Dan patuh kepada perintah Tuhannya, dan sepatutnya ia
patuh (pada Tuhannya).
Hai manusia engkau telah berpenat lelah (mencari kehidupan
dunia mu), sehingga engkau menemui Tuhanmu (mati) maka
engkau akan menemui-Nya.
Maka barangsiapa yang diberikan kitab (surutan amalan) nya
dari sebelah (tangan) kanan nya.
Maka ia akan dihisab (diperiksa segala amalannya)
dengan mudah (ringan).
Dan akan kembali kepada keluarga (yang beriman) dengan
sukacita (bergembira).
Dan (adapun) barang siapa yang diberi kitab (surutan amalan) nya
dari sebelah belakang nya.
Maka mereka berteriak menyebut kecelakaan dirinya
Dan akan dimasukkan ke dalam sa'ier (neraka yang merah
bernyala-nya apinya)
Sesungguhnya mereka dulunya (ketika hidup di dunia) bersuka
ria dengan keluaraganya (dan kaumnya yang juga kufur ingkar,
sehingga tidak memikirkan tentang urusan akhirat).
Sehungguhnya mereka menyangka mereka sekali-kali tidak akan
kembali (kepada Tuhannya)
Bahkan (mereka akan kembali) sesungguhnya Tuhannya sentiasa
melihatnya (segala perbuatan mereka itu).
Jabir da. berkata, Rasulullah saw. bersabda:
"Jibril berkata; Ya! Muhammad hiduplah sesukamu, maka emgkau pasti
akan mati, dan cintailah sesiapa yang engkau